Thursday, April 29, 2010

BACA TAU...AMAT PENTING

"KENALI TANDA-TANDA AWAL BARAH"


Salam semua...

Memandangkan arini waktu rehat yang diberikan agak lama (coz hari JUMAAT), so saya luangkan masa membaca majalah SERI DEWI & KELUARGA (pinjam dari member ofis)..macam2 artikel yang kite boleh dapat dari majalah nie coz majalah nie menyalurkan pelbagai informasi. antaranyer yang boleh kite perolehi pasal kesihatan, petua, info kecantikan, info kekeluargaan n macam2 lagi la... (so kepada kekawan beli la majalah nie untuk mendapatkan informasi yang mungkin boleh menjadi panduan dalam kehidupan kite k)..
Belek punyer belek, saya terbaca 1 artikel di ruang IFO SIHAT berkenaan "KENALI TANDA-TANDA AWAL BARAH"...bagus juga artikel nie coz die bagi beberapa AMARAN untuk kenali barah bagi mencegah dari berebak ke seluruh tubuh badan...yela sekarang nie macam2 penyakit yang kita tahu tapi dah tahap KRITIKAL...

Bagi kaum wanita barah yang paling ditakuti semestinyer BARAH PAYU DARA kan... tapi sebenarnyer bukan barah tersebut jer yang kite perlu berjaga2 tapi terdapat hampir 10 jenis BARAH yang telah dikenalpasti dan antara yang jarang kite dengar seperti BARAH PERUT, PARU-PARU dan KOLON. Sebenarnyer barah boleh dirawat jika pemeriksaan awal dibuat dan tindakan lanjut diambil segera....

So, dengan ape yang saya baca terdapat 10 AMARAN awal kanser yang nak dikongsi bersama..Baca ye..

1. Perubahan dalam corak pembuangan air besar atau pun kecil yang tidak stabil dan ia berterusan selama 2 - 3 bulan..

2. Pendarahan luar biasa atau terdapat lelehan daripada mana-mana bahagian tubuh badan..

3. Terdapat ketulan yang tumbuh secara tiba-tiba dan tidak hilang serta diikuti dengan rasa sakit..
4. Sakit berterusan dan tidak merasa selesa pada bahagian abdomen..

5. Perubahan pada tompok kulit, ketuat/kutil atau tahi lalat..

6. Luka atau bisul yang tidak sembuh, bertukar warna, berdarah atau ulser..
7. Keluar darah daripada bahagian hidung. Selain itu, telinga juga terdengar bunyi yang tidak menyelesakan..
8. Perut rasa senak dan mengalami kesukaran untuk menelan..

9. Suara menjadi serak dan batuk tidak berhenti melebihi dua minggu..

10. Badan berasa amat letih malah berat badan juga menurun secara mendadak dalam jangka masa 3 - 6 bulan..


* nie la antara 10 AMARAN yang boleh dijadikan panduan bagi mengatasi kesihatan kite..so, sekiranyer ader tanda-tanda di atas yang anda rasa ader pada anda, segera dapatkan rawatan DOKTOR untuk pemeriksaan awal...

"MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT"





No comments:

Post a Comment